Sembang Sini
Mari Sertai Kami!!
Kami menyediakan pelbagai hiburan,kenalan dan lain2 lagi.

Takkan terlepas

View previous topic View next topic Go down

Takkan terlepas

Post by Mohd Danial(Admin) on Sun Mar 03, 2013 8:00 am



Walaupun tiada rakaman video, pertuduhan terhadap Tunku Ismail tetap dibuat

Kuala Lumpur: Hasrat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapatkan rakaman video sebagai bukti sebelum tindakan diambil terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak akan menjadi kenyataan.
Ini kerana walaupun media elektronik hadir pada sidang media di Hotel Thistlle, Johor Bharu, pada 19 Februari lalu, ketika Tunku Ismail mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) secara terbuka, tidak ada sebarang rakaman dilakukan.
Rakaman video untuk memudahkan proses siasatan dan pertuduhan, tetapi jika memang tiada atau sukar diperoleh, jawatankuasa itu akan menggunakan bukti lain seperti keratan akhbar dan sumber dari internet," Datuk Taufek Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM

Tiada rakaman visual Semua berpunca selepas Tunku Ismail meminta dua wakil syarikat televisyen swasta yang hadir tidak membuat rakaman visual mengenai kenyataannya itu, sebaliknya membenarkan ia ditulis pada sidang media kira-kira jam 11.30 malam itu, sebaik perlawanan antara Johor Darul Takzim (DT) dan Lions XII di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin yang berkesudahan seri 2-2.

Ditanya mengenai kemelut itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak, berkata bukti rakaman video hanya untuk mengukuhkan lagi kes, tetapi sekiranya tiada, jawatankuasa tetap meneruskan pertuduhan ke atas pegawai atau pemain berkenaan.

“Rakaman video untuk memudahkan proses siasatan dan pertuduhan, tetapi jika memang tiada atau sukar diperoleh, jawatankuasa itu akan menggunakan bukti lain seperti keratan akhbar dan sumber dari internet.

“Kita akan tetap teruskan, tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya semalam.
Stesen televisyen enggan beri video insiden Tentera, Selangor

Taufek berkata, pihaknya akan meneruskan dakwaan cuma perlu mengesahkan satu dua perkara antaranya kesahihan kenyataan Tunku Ismail pada sidang akhbar berkenaan memandangkan tidak ada rakaman video.

Mengenai kes pergaduhan pemain Tentera dan Selangor di Stadium Shah Alam, 25 Februari lalu, Taufek menyatakan kekesalannya kerana terdapat stesen televisyen yang enggan memberikan kerjasama menyerahkan salinan rakaman insiden berkenaan.

“Dalam mesyuarat tempoh hari, saya ada bertanya kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengenai rakaman pergaduhan berkenaan, tetapi dimaklumkan agak sukar mendapatkan salinan daripada stesen televisyen terbabit.

“Dalam kes-kes lain sebelum ini, kami mudah mendapatkan salinan rakaman dan membolehkan dakwaan berjalan lancar kerana ada bukti kukuh. Bagaimanapun, kami akan memastikan kes ini akan diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Persatuan Bola Sepak Kedah menanti hukuman

Ditanya mengenai kekecohan di Stadium Darulaman, Alor Setar yang mana lebih 300 penyokong Kedah berkumpul sebaik tamat perlawanan menentang Johor DT dalam aksi pusingan kedua Piala FA, sehingga menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) masuk campur, Taufek berkata, beliau masih menunggu laporan insiden itu.

“Kejadian itu masih dalam bidang kuasa FAM walaupun ia berlaku di luar stadium selepas perlawanan. Kami akan mengambil tindakan selepas menerima laporan dari pegawai perlawanan,” katanya.
avatar
Mohd Danial(Admin)
BEGINNER
BEGINNER

Posts : 80
Tokens : -851
Like : 3
Join date : 2013-02-10
Age : 20
Location : Johor Bharu

http://sembangsini.ohmylife.net

Back to top Go down

Re: Takkan terlepas

Post by ZdR911 on Sun Mar 03, 2013 12:13 pm

???
avatar
ZdR911
BEGINNER
BEGINNER

Posts : 35
Tokens : -830
Like : 22
Join date : 2013-02-13
Location : gotham city

Back to top Go down

Re: Takkan terlepas

Post by Mohd Danial(Admin) on Wed Mar 06, 2013 8:19 pm

berita lah weik
avatar
Mohd Danial(Admin)
BEGINNER
BEGINNER

Posts : 80
Tokens : -851
Like : 3
Join date : 2013-02-10
Age : 20
Location : Johor Bharu

http://sembangsini.ohmylife.net

Back to top Go down

Re: Takkan terlepas

Post by ZdR911 on Sat Mar 23, 2013 2:35 pm

weik
avatar
ZdR911
BEGINNER
BEGINNER

Posts : 35
Tokens : -830
Like : 22
Join date : 2013-02-13
Location : gotham city

Back to top Go down

Re: Takkan terlepas

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum