Sembang Sini
Mari Sertai Kami!!
Kami menyediakan pelbagai hiburan,kenalan dan lain2 lagi.

Teologi Sedunia & Teologi Global: Hubungannya Dengan Pluralisme Agama

View previous topic View next topic Go down

Teologi Sedunia & Teologi Global: Hubungannya Dengan Pluralisme Agama

Post by Mohd Danial(Admin) on Fri Feb 15, 2013 1:59 pm



FAHAMAN tentang kepelbagaian agama dan trend pemikirannya wujud dalam suasana kehidupan beragama dan juga kehidupan sekular seseorang atau masyarakat. Hal ini disebabkan oleh salah faham atau ketidakfahaman terhadap sesuatu agama yang dianuti itu. Mungkin juga latar belakang dan pengalaman dari sesuatu agama yang dianuti itu membuatkan seseorang itu cuba menggabungkan sesebuah agama dengan agama yang lain. Seseorang Muslim yang lahir dari perkahwinan ibu bapanya yang beragama Islam dan Hindu cenderung meniru gaya hidup tersebut tanpa merasa bersalah.

Salah satu tren dalam pluralisme agama yang agak popular ialah aliran Teologi Sedunia (World Theology) yang dipopularkan oleh beberapa tokoh pengkaji agama dan peradaban dunia. Salah seorang dari mereka ialah Wilfred Cantwell Smith yang hidup dalam sebuah masyarakat barat yang sifatnya bebas dari nilai-nilai agama iaitu sekularisme. Pandangan beliau bertitik tolak dari istilah agama (religion). Dalam pemahaman umum, religion ditafsirkan sebagai ‘satu himpunan sistem-sistem kepercayaan, kebudayaan terhadap dan juga pandangan alam (world-view) yang menghubungkan manusia dengan alam kerohanian dan juga nilai-nilai moral.” Sementara itu perkataan agama yang berasal dari bahasa Sanskrit, terbentuk dari dua perkataan ‘Aa’ yang bermakna ‘ke arah’ dan ‘Gam’ bermaksud ‘untuk pergi’. Dalam Hinduisme agama bermaksud ‘sesuatu yang telah diturunkan’ atau dengan kata lain ia adalah ‘kitab-kitab suci’. Secara teknikalnya agama membawa maksud ‘doktrin-doktrin tradisional atau sistem-sistem tradisi yang mengawal keimanan’.

Dalam pemerhatian Smith, agama merupakan satu himpunan keyakinan, kepercayaan dan amalan yang terbentuk dari masa dahulu, dan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut kacamata seseorang atau kumpulan. Keyakinan dan kepercayaan itu berubah-ubah dari masa kesmasa mengikut pandangan seseorang atau kumpulan lalu disahkan benar (legitimize) oleh kumpulan tersebut. Oleh itu dari sifatnya yang umum, di ‘tangan-tangan’ kumpulan-kumpulan tertentu agama menjadi ekslusif kepada golongan tersebut. Justeru itu maka lahirlah kumpulan fundamentalis yang mempertahankan ajaran-ajaran agama tersebut. Dalam sesebuah agama juga wujud kumpulan-kumpulan kecil yang saling bercanggah antara satu sama lain. Hal ini berlaku di dalam agama Yahudi, Islam dan Kristian lantas terjadilah perbalahan dan persengketaan antara kumpulan-kumpulan dalam agama tersebut. Persengketaan juga berlaku antara agama sebagaimana boleh dilihat dalam sejarah dunia.
avatar
Mohd Danial(Admin)
BEGINNER
BEGINNER

Posts : 80
Tokens : -851
Like : 3
Join date : 2013-02-10
Age : 20
Location : Johor Bharu

http://sembangsini.ohmylife.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum